Friday 18 February 2011

pelaburan

Untuk semua dana ASBI,percuma Perlindungan takaful (Takaful Keluarga Berkelompok) akan diberikan kepada pemegang2 unit apabila berlakunya kematian.Khairat kematian & upah haji pula adalah keistimewaan tambahan 
kepada pelabur2 Dana BIMB i -Growth.

Berikut ialah perlindungan takaful yang bakal anda perlolehi apabila melabur dalam Amanah Saham Bank Islam(ASBI)

BAGI DANA BIMB i-GROWTH
1) Minimum pegangan unit = 500 unit
2) Kelayakan umur = 18 tahun - 65 tahun,
    -Kelayakan umur pemegang akaun bersama(jika ada) = 30 hari - 65 tahun
3) Perlindungan Maksimum = RM250,000
4) Nilai perlindungan takaful = 50% daripada nilai pelaburan-NAV
   - 25% dari nilai pelaburan untuk pemegang akaun bersama(jika ada)


BAGI DANA AL-FALAH,AL-MUNSIF & AL-FAKHIM
1) Minimum pegangan unit = 500 unit
2) Kelayakan umur = 18 tahun - 65 tahun,
    -Kelayakan umur pemegang akaun bersama(jika ada) = 30 hari - 65 tahun
3) Perlindungan Maksimum = RM100,000
4) Nilai perlindungan takaful = 50% daripada nilai pelaburan-NAV
   - 25% dari nilai pelaburan untuk pemegang akaun bersama(jika ada)

KEISTIMEWAAN TAMBAHAN BAGI DANA BIMB i-Growth
1) Khairat kematian = RM1,000.
2) Upah Haji.


Contoh pengiraan nilai perlindungan takaful.
1) Pegangan unit yang ada = 200,000 unit
2) Nilai harga semasa per unit = RM0.50
3) Nilai Pelaburan (NAV) = 200,000 unit x RM0.50
                                         = RM100,000
4) Nilai perlindungan takaful (50% x NAV) = 50% x RM100,000
                                                                  = RM50,000
5) Jumlah yang dibayar = Nilai pelaburan semasa + Perlindungan Takaful
                                    = RM100,000 + RM50,000
                                    = RM150,000

Contoh pengiraan khairat kematian & upah haji (untuk pemegang unit Dana BIMB i-Growth)
1) Khairat kematian = RM1,000 
2) Upah haji = akan ditoak dari nilai takaful sekiranya mencukupi.


Berdasarkan contoh di atas tadi.
a) Nilai perlidungan takaful = RM50,000
*Katakan upah haji RM2,500.
*syarikat takaful berkenaan akan memberikan cek kepada Tabung Haji selepas mendapat maklumat/arahan dari BIMB Invest,dimana nilai RM2,500 tadi ditolak dari nilai perindungan takaful yang asal.


Oleh itu,jumlah yang dibayar = Nilai pelaburan semasa + Perlindungan takaful selepas ditolak upah haji + Khairat kematian.
= RM100,000 + RM47,500 + RM1000 
= RM148,500.

1 comment:

  1. youtube.com: "My family went to school in Texas"
    My family went to school in Texas I used to stay in a house from the beginning and had my kids youtube mp4 go all in

    ReplyDelete