Saturday 19 February 2011

Perbandingan Pelaburan ASBI Dana Al-Falah dengan Unit Amanah Lain

Apa khabar semua?Saya sering ditanya "kalau fund ***Islamic boleh dpt begini,ASBI boleh tak?", atau "******mutual dengarnya return tinggi hingga mencecah xx%,ASBI boleh tak?".Jom kita tengok jadual yang dikeluarkan oleh Lipper Fund Rating ni..


Sebelum membuat perbandingan,kita perlu adil dengan apakah yang kita bandingkan itu.
Kalau kita bercakap mengenai dana2 unit amanah,jika nak di bandingkan dengan Amanah Saham Bank Islam..bandingkan dengan kelas yang sama.
* Kalau dana yang anda tengok itu dana konvensional,sudah tentu lah ia tidak boleh dibandingkan dengan ASBI.
* Adakah dana2 tersebut merupakan dana yang dilaburkan di luar negara?Jika ya,bukan perbandingan yang betul kerana ASBI tidak ada dana yang dilaburkan di luar negara.Semunya dilaburkan di dalam aset pelaburan di Malaysia sahaja.
*Apakah dana yang anda sebut itu jenis dana seimbang,ekuiti,bon,property dsbnya?Bandingkan jenis dana yang sama.
Barulah keputusan hasil dari perbandingan itu boleh diambil kira.:-)

Data di bawah daripada akhbar "The Edge Malaysia' yang memuatkan analisis prestasi dana2 amanah saham di Malaysia,melaui rating dan informasi yang dikeluarkan oleh jadual analisis "Lipper".Akhbar ini diterbitkan seminggu sekali dan harganya RM5.00(semenanjung malaysia).

Saya mengestrak data bagi Dana BIMB-ASBI Dana Al-Falah.Ia merupakan kategori "Mixed Asset Malaysian Ringgit Balanced Islamic.
Kategori yang sama dari dana lain yang saya ambil contoh di sini ialah Public Islamic Balanced (mewakili Public Mutual),Cimb Islamic Balanced Growth dan CIMB Islamic Balanced(mewakili Cimb Islamic).

Dapat dilihat dalam tempoh 5 tahun ini Dana Al-Falah mencatatkan pulangan sehingga 77.37% berbanding 3 dana lain di bawahnya.
Dana Al-Falah juga berada di kedudukan ke-2 dari 19 dana dalam kategori yang sama.
Jadi,kami juga mempunyai dana2 yang bagus untuk pelaburan anda.Walaupun bukan yang 'terhangat di pasaran' macam lagu Adam AF tu..,Tetap Terbaikk! ;)


Setiap kali anda memulakan pelaburan,jangan lupa mengambil kira Fee & Charges yang dikenakan.Antara caj2 yang dikenakan ialah:
  • Sales Charge = Dikenakan setiap kali anda membuat pelaburan baru/penambahan unit.(Ambil perhatian di sini)
  • Annual Management Fee = Setahun sekali
  • Annual Trustee Fee = Setahun sekali
Berikut ialah perbandingan Fee & Charges bagi Dana Al-Falah dan 2 dana lain dari kategori yang sama.
  • Sales charge ASBI = lebih rendah
  • Minimum pelaburan permulaan = juga paling rendah
  • Minimum pelaburan tambahan = juga paling rendah

2 comments:

  1. Casino Review + Latest Bonus Codes - JTM Hub
    Jumba 정읍 출장안마 Casino Review + 경주 출장샵 Latest 충청북도 출장마사지 Bonus Codes - JTM Hub. Play all games and win at Jumba 안동 출장샵 Casino. Register a new account and receive $3000 welcome 상주 출장샵 bonus.

    ReplyDelete